Khamis, 1 November 2012

LAPORAN MBIMBI




JAWATANKUASA MBMMBI
2012
Sk Telok sengat, kota tinggi

Pengerusi                    : EN M.AZMI B SULEMAN
Timbalan Pengerusi   : EN SHAHUDIN

Naib Pengerusi 1       : CIK FUZIAH
Naib Pengerusi 2       : EN. MUHAMMAD FAIZAL B RAMLI

Setiausaha                  : CIK SITI TOLHAH BTE AHMAD
Penolong Setiausaha : CIK SHARMILA

Ahli Jawatankuasa   : EN. KHAIRUL AKRAN B KAMALUDIN
                               EN AZMI B DAUD
                               EN ABD HALIM B HJ SUSOL








LAPORAN AKTIVITI




Pada 17 September  hingga 21 September, bersempena dengan  Sambutan Bulan  Kemerdekaan,  Panitia  Bahasa Melayu telah menganjurkan  satu program memartabatkan Bahasa Malaysia iaitu pertandingan mengarang dan  pertandingan mendeklamasikan sajak. Pertandingan mengarang   dan pertandingan mendeklamasi sajak disertai semua murid tahap 2. . Pengisian program ini turut dikongsi bersama  Panitia Pendidikan Seni yang menganjurkan pertandingan mewarna. Program  ini  bertujuan  meningkatkan kemahiran berbahasa dalam diri murid-murid , memperkenalkan jati diri dan semangat cinta akan bahasa kebangsaan serta meningkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid melalui cabaran dalam  pertandingan.           

Pertandingan Mengarang.
Pertandingan  mengarang diadakan pada hari 17 September 2012 ( Isnin  ). Pertandingan ini  diadakan di dalam kelas masing-masing semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Tajuk karangan ialah ‘ Sambutan Hari Kemerdekaan di Sekolah Saya ’ .  Guru  Bahasa Melayu bagi setiap kelas memilih tiga karangan terbaik untuk dikumpulkan dan diserah kepada juri bertugas iaitu En. Shahudin b. Ibrahim dan En. Mohd Faizal b. Ramli.  Juri-juri bertugas pula memilih 3 karangan terbaik untuk menerima hadiah.

Pertandingan  Mendeklamasi Sajak
Pertandingan mendeklamasi sajak pula diadakan pada 18 dan   19 september 2012  (Selasa dan  Rabu ).  Penyertaan ini dibuka kepada semua murid tahap 2.  Pada hari pertama semua murid diberi peluang mendeklamasikan sajak.  Juri bertugas iaitu En. Mohd Faizal b. Ramli, Encik Azmi b. Daud dan Cik Roziah bt. Haron memilih 10 orang peserta terbaik untuk  ke pertandingan akhir yang diadakan pada 19 September 2012.  Pertandingan akhir diadakan di dewan sekolah.  Kesemua peserta mempamerkan bakat dan memakai pakaian yang bertemakan semangat kebangsaan.

  Majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari terakhir iaitu 21 September 2012. Majlis diserikan dengan persembahan lagu “ Cintai Bahasa Kita ” dan  “ warisan ”.   
Pemenang pertandingan mengarang
Tempat pertama          :           Mohd Hisyam Haikal b. Muistata
Tempat kedua             :           Khairil Aqil b. Masrawana
Tempat ketiga             :           Siti Hajar b. Mazlan

Pertandingan Mendeklamasi sajak
Tempat pertama          :           Siti Aisyah bt. Rosli
Tempat kedua             :           Ahmad Mirza b. Mazlan
Tempat ketiga             :           Hasuna bt. Hasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan