Pada 17 September hingga 21 September, bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan, Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan satu program memartabatkan Bahasa Malaysia iaitu pertandingan mengarang dan pertandingan mendeklamasikan sajak. Pertandingan mengarang dan pertandingan mendeklamasi sajak disertai semua murid tahap 2. . Pengisian program ini turut dikongsi bersama Panitia Pendidikan Seni yang menganjurkan pertandingan mewarna. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam diri murid-murid , memperkenalkan jati diri dan semangat cinta akan bahasa kebangsaan serta meningkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid melalui cabaran dalam pertandingan.
Pertandingan Mengarang.
Pertandingan mengarang diadakan pada hari 17 September 2012 ( Isnin ). Pertandingan ini diadakan di dalam kelas masing-masing semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tajuk karangan ialah ‘ Sambutan Hari Kemerdekaan di Sekolah Saya ’ . Guru Bahasa Melayu bagi setiap kelas memilih tiga karangan terbaik untuk dikumpulkan dan diserah kepada juri bertugas iaitu En. Shahudin b. Ibrahim dan En. Mohd Faizal b. Ramli. Juri-juri bertugas pula memilih 3 karangan terbaik untuk menerima hadiah.
Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Pertandingan mendeklamasi sajak pula diadakan pada 18 dan 19 september 2012 (Selasa dan Rabu ). Penyertaan ini dibuka kepada semua murid tahap 2. Pada hari pertama semua murid diberi peluang mendeklamasikan sajak. Juri bertugas iaitu En. Mohd Faizal b. Ramli, Encik Azmi b. Daud dan Cik Roziah bt. Haron memilih 10 orang peserta terbaik untuk ke pertandingan akhir yang diadakan pada 19 September 2012. Pertandingan akhir diadakan di dewan sekolah. Kesemua peserta mempamerkan bakat dan memakai pakaian yang bertemakan semangat kebangsaan.
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari terakhir iaitu 21 September 2012. Majlis diserikan dengan persembahan lagu “ Cintai Bahasa Kita ” dan “ warisan ”.
Pemenang pertandingan mengarang
Tempat pertama : Mohd Hisyam Haikal b. Muistata
Tempat kedua : Khairil Aqil b. Masrawana
Tempat ketiga : Siti Hajar b. Mazlan
Pertandingan Mendeklamasi sajak
Tempat pertama : Siti Aisyah bt. Rosli
Tempat kedua : Ahmad Mirza b. Mazlan
Tempat ketiga : Hasuna bt. Hasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan