BANK SOALAN


LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

Antonim ialah perkataan berlawanan erti
Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di
bawah ini.

1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

A kabur
B pudar
C terang
D senang

2 .Kevin sering datang ke rumah saya,. kata Muniandy.

A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap

3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian

4 Orang yang berbaju merah itu gila.

A baik
B waras
C berguna
D sempurna

5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.

A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima

6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.

A longgar
B lembut
C kendur
D ringan

7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .

A renggang
B lama
C jauh
D baik

8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.

A menghabiskan
B mengunyah
C menyimpan
D menelan

9 Cuaca malam ini panas.

A hangat
B sejuk
C suam
D merah

10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .

A elok
B lucu
C tepat
D menarik

11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka.
A sedih
B lasak
C ganas
D rencana

12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
berkuasa.

A diabaikan
B diteruskan
C ditundakan
D diselesaikan

13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya.

A dilepaskan
B dipenjara
C dibunuh
D diperap

14 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.

A tertangguh
B separuh
C selesa
D siap

15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.

A kasar
B Kesat
C keras
D ketat

16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu..

A akrab
B baik
C putus
D mesra

17 Saya meluat akan sikapnya yang mengada-ngada.

A suka
B benci
C terpesona
D menyampah

18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.

A gila
B waras
C mabuk
D terencat

19Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.

A mempersilakan
B mengundang
C menjemput
D menghalau

20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang
dalam perlawanan itu.

A tulus
B setuju
C sangsi
D berharap

21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.

A tebal
B karat
C rosak
D tumpul

22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan
oleh juruacara.

A seronok
B marah
C sedih
D ceria

23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.

A tiba
B sampai
C berlepas
D bergerak

24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah.

A berjauhan
B berhampiran
C bersebelahan
D bertentangan

25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira.

A kuat
B tebal
C kering
D lembap

26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal.

A nipis
B lebat
C padat
D sendat

27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.

A bijak
B bodoh
C cerdik
D pintar

Soalan 28 berdasarkan gambar 1


Gambar 1

28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas.

A mekar
B kuncup
C kempis
D kembung

29 Mei Lan gemar akan durian.

A suka
B duka
C Benci
D sayang

30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya.

A kiri
B sisi
C tepi
D hadapan

31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.

A kusut
B buruk
C hodoh
D kemas

32 .Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, .kata guru besar.

A khas
B biasa
C umum
D tertentu
33 Biskut yang baru dibelinya lemau .
A garing
B keras
C rapuh
D rangup

34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong.

A tegak
B lurus
C senget
D tumbang

35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.

A kembang
B cantik
C mekar
D subur

36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.

A diajak
B ditegah
C diherdik
D dijemput

37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.

A patuh
B lemah
C sopan
D gemalai

38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.

A mendarat
B berlabuh
C berhenti
D bergerak

39 Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.

A kekayaan
B kemajuan
C kemewahan
D keuntungan

40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.

A lama
B kekal
C sekejap
D sekarang

41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh.

A kotor
B harum
C comot
D kemas

42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

A sukar
B payah
C susah
D senang

43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu.

A kuat
B cemas
C berani
D gementar

44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.

A membenarkan
B menghalau
C menegah
D memberi

45 Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga.

A tergopoh .gapah
B kelam-kabut
C senang
D tenang

46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini.

A tenteram
B serabut
C bahagia
D risau

47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu.

A membangkang
B membenar
C menyetujui
D menafikan

48Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.

A olok-olok
B main-main
C betul-betul
D diam-diam

49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu.

A samar
B keliru
C ceria
D jelas

50 Bilik yang disewa itu agak luas.

A kecil
B lebar
C selesa
D sempit

51 Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah.

A menyemai
B mencabut
C membaja
D menjirus

52 Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu.

A mengecil
B meningkat
C membesar
D meluas

53 Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu.

A tenang
B gelisah
C bimbang
D dukacita


Soalan 54 berdasarkan gambar 2





Gambar 2

54 Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut.

A liar
B buas
C jinak
D ganas

55 Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi.

A banyak
B gerimis
C sedikit
D deras

56 Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu.

A banyak
B sedikit
C dalam
D cetek

57 Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka.

A menolak
B membantah
C menyokong
D membidas

58 Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap.
A putih
B pudar
C cerah
D terang

59 Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu
sungai tersebut.

A hilir
B muara
C hujung
D tebing

60 Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya.

A melarang
B mendorong
C menghalang
D menyuruh

61 Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas.

A menjadi
B berlambak
C menimbun
D berkurangan

62 Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam
peperiksaan itu.

A riang.lulus
B sedih.berjaya
C sukacita.kalah
D gembira.tumpas

63 Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan
Ai Ling.

A mendamaikan
B menambahkan
C menyenangkan
D menggembirakan

64 Aminah kecundang dalam pertandingan itu.

A gagal
B tewas
C berjaya
D meningkat

65 Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu.

A sia-sia
B keburukan
C kerosakan
D kesilapan

66 Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung
Chendering,Terengganu.

A klasik
B moden
C dinamik
D kontemporari

67 Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam.

A sekat
B timpa
C bebas
D kurung

68 Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.

A disukai
B dihalang
C disenangi
D dipersetujui

69 Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan.

A meredakan
B menurunkan
C menyingkatkan
D mengurangkan

70 Semakin hari semakin maju perniagaannya.

A mundur
B lembap
C malas
D lesu

71 Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah
begitu lama dengan keluarganya.

A anak kapal
B awak-awak
C jurumudi
D nakhoda

72 Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius.

A Biasa
B Parah
C ringan
D Berat

73 Pintu kereta itu kelihatan rapat.

A kuat
B Ketat
C Kejap
D renggang

74 Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh

A belayar
B bergerak
C mendarat
D bertambat

75 Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu.

A pencadang
B penyokong
C pembahas
D penonton

76 Nadirah makan dengan sopan sekali.

A lahap
B bising
C gemuruh
D rakus

77 Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya.

A mengeji
B melupai
C menolak
D membiarkan

78 Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan.

A Permusuhan
B Persahabatan
C Perundingan
D Perdamaian

79 John fasih berbahasa Melayu.

A petah
B gugup
C gagap
D lancar

80 Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu.
A muram
B suram
C masam
D ceria

81 Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu.

A menyembunyikan
B mengeluarkan
C membuka
D menutup

82 Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang
Ramai Kampung Sentosa.

A Penutupan
B Pengambilan
C Penyampaian
D Penganugerahan

83 Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan.

A tenggelam
B hilang
C hanyut
D timbul

84 Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku.

A Pergaduhan
B Perdamaian
C Permusuhan
D Pertengkaran

85 Saya amat jahil dalam bidang astronomi.

A prihatin
B pintar
C asing
D arif

86 Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.

A fakir
B mewah
C melarat
D merempat

87 Adik menyedut air dengan penyedut minuman.

A menghembus
B membuang
C menghisap
D meniup

88 Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang.

A mengangguk
B menggeleng
C menunduk
D memaling

89 Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu.

A mengumumkan
B memberitahu
C memendam
D merendam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan